Sejumlah 28 kematian direkodkan akibat kemalangan jalan raya di seluruh negara pada dua hari pertama Op Selamat 18 sempena Aidilfitri yang bermula Jumaat lalu. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, berkata sepanjang tempoh sama juga 3,987 kemalangan dilaporkan berlaku seluruh negara.